Tuesday 31 January 2012

APA TUJUAN BE LOG INI DICIPTA?

Penggunaan Istilah "BE LOG" di dalam blog ini bukanlah direka secara sengaja. Istilah ini bermaksud "sentiasa terikat" atau "sentiasa terkunci". Apakah yang dimaksudkan pula dengan sentiasa terikat dan terkunci ini.? BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA sememangnya tidak akan lapuk dek zaman dan tak lekang dek hujan. Meskipun bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia pada era globalisasi kini, sebagai penutur jati kita haruslah berbangga dengan Bahasa Malaysia seperti mana yang digagas dan ditekankan oleh pihak kerajaan "Martabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris". Ini bertujuan bagi menaikkan bahasa kita agar seiring denagan kemajuan yang semakin pesat membangun. Jadi, sebagai rakyat yang berbilang bangsa, negara kita sering dijadikan model untuk dicontohi oleh negara luar lain dengan sentiasa mengekalkan keamanan dan perpaduan. Cuba anda bayangkan pelbagai bangsa yang berada di Malaysia ini hanya menggunakan bahasa ibunda atau bahasa mereka masing-masing sahaja. Agaknya apakah yang akan terjadi kepada kita semua?Fikir-fikirkanlah dan banggalah menjadi penutur sejati Bahasa Melayu tidak kira apa bangsa kita sekali pun kerana itulah bahasa rasmi negara kita. Sekian sahaja coretan untuk permulaan kali ini.