Tuesday 7 February 2012

Hikayat Gagak Yang Bijak

Kisah Seorang Bapa dan Anaknya

Latihan 3

Tulis sebuah karangan berdasarkan bahan ransangan yang bertajuk “Aku sebuah komputer”. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Latihan 2

Soalan 6 hingga Soalan 15
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata yang paling sesuai.

6. “_________ diminta memakai tali pinggang keledar,” kata pramugari itu kepada para penumpang.
A   Engkau  
B   Anda 
C   Tuan 
D   Kami

7. “Ampunlah _________ Tuanku,” kata pemuda itu kepada Raja.
A   beta   
B   hamba   
C   tuanku 
D   patik

8. Hadiah yang dibawa __________ Lisa itu adalah _________ Cikgu Ram.
A   dari …… pada
B   daripada …… kepada
C   ke …… di
D   oleh …… untuk

9. Sabrina telah menunjukkan bakatnya dalam penulisan ___________ diperingkat sekolah rendah lagi.
A   hingga   
B   sejak  
C   pada 
D   dengan

10. Badang ialah seorang pahlawan yang _________ dan berani.
A   gagah   
B   pantas   
C   garang 
D   berkuasa

11. Harry mendermakan wang kepada orang miskin itu dengan hati yang _____________.
A   gembira  
B   ikhlas  
C   sabar 
D   jelas

12. ___________ kamu pergi ke kedai, tolong belikan saya pensel.
A   Apabila  
B   Sekiranya 
C   Apatah 
D   Walaupun

13. Kakak tidak mahu diganggu _________ dia membuat kerja.
A   sambil   
B   tatkala  
C   walaupun 
D   malahan

14. “Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari ________ yang telah merosakkan tanaman kita ini,” kata Peter kepada kawan-kawannya.
A   siapa   
B   bagaimana  
C   mana 
D   bila

15. “Murid-murid mestilah menggunakan __________ yang betul ketika membina ayat,” kata Cikgu Elaine.
A   tatasusila  
B   tatabahasa 
C   tatatertib 
D   tatanegara

Latihan 1

Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah.
Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit.
            Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. 
Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri.
Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar ‘anak angkat’ mereka ini sentiasa sihat dan cergas untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang. 



1. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu dibersihkan?
A   Supaya haiwan itu dapat hidup selesa 
B   Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit 
C   Supaya haiwan itu tidak cepat mati 
D   Supaya haiwan itu tidak marah

2. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan oleh haiwan tersebut?
A   Ketika sedang memberi makanan dan minuman
B   Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan yang sakit
C   Jika haiwan itu sudah hampir mati
D   Jika haiwan itu menjadi marah
   
3. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali
A   memberi makanan dan minuman.  
B   membantu memeriksa kesihatan haiwan. 
C   membersihkan kandang.
D   menangkap haiwan di hutan

4.  Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada
A   haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan.  
B   anak angkat penjaga haiwan tersebut. 
C   haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan.
D   haiwan yang liar dan berbahaya.

5. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar tentang rencana, kecuali
A   anak penjaga haiwan tinggal di zoo.
B   semua haiwan dilayan dengan kasar oleh penjaga haiwan.
C   penjaga haiwan memastikan haiwan hidup dengan selesa.
D   haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.